PAKAIAN |
1. Dari Ibnu Umar
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menarik
bajunya - yakni melemberehkan sampai menyentuh tanah, baik yang berupa baju,
sarung dan Iain-lain - kerana maksud kesombongan, maka ia tidak akan dilihat
oleh Allah pada hari kiamat - maksudnya tidak akan dilihat dengan rasa keredhaan
dan kerahmatan."
Abu Bakar lalu berkata: "Ya
Rasulullah, sesungguhnya sarungku itu selalu melembereh saja - kerana kurusnya
badan, kecuali kalau saya membenarkan lagi letaknya, misalnya dengan diikat
keras-keras atau diangkat ke atas." Maksudnya, apakah diancam dengan tindakan
sebagaimana di atas itu.
Rasulullah s.a.w. lalu
menjawab: "Sesungguhnya anda tidak termasuk golongan orang yang melakukan
semacam itu dengan maksud kesombongan," jadi tidak apa-apa hukumnya.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan sebahagiannya.
2. Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w.
sabdanya: "Apa yang ada di bahagian bawah dari kedua mata kaki, maka akan
dimasukkan dalam neraka." (Riwayat Bukhari)
3. Dari Ibnu Umar
radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Melemberehkan itu ada pada
sarung, gamis dan sorban. Barangsiapa yang menarik sesuatu - yakni melemberehkan
sarung, gamis atau sorban - dengan maksud kesombongan, maka Allah tidak akan
melihatnya - dengan pandangan keredhaan dan kerahmatan -pada hari kiamat."
Diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Dawud dan Nasa'i dengan isnad yang baik.
4.Dari Abu Hurairah
r.a., katanya: "Pada suatu ketika ada seorang lelaki bersembahyang dengan
melemberehkan sarungnya lalu Rasuiullah s.a.w. bersabda padanya: "Pergilah dulu
dan ber-Wudhu'lah." Kemudian orang tersebut lalu pergi dan berwudhu'. Setelah
itu ia datang lagi, lalu beliau s.a.w. bersabda pula: "Pergilah dan
berwudhu'lah! "Selanjutnya ada seorang lelaki lain berkata: "Ya Rasulullah,
mengapakah Tuan memerintahkan orang itu berwudhu' kemudian Tuan berdiam saja
padanya - yakni tidak menyuruh apa-apa lagi padanya. Beliau s.a.w. lalu
bersabda: "Sesungguhnya orang itu bersembahyang dan ia melemberehkan sarungnya
dan sesungguhnya Allah itu tidak akan menerima shalatnya seseorang yang
melemberehkan sarungnya itu."
Diriwayatkan oleh Imam
Abu Dawud dengan isnad yang shahih atas syarat Imam Muslim
5.Dari Abu Said al-Khudri
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Cara bersarungnya seseorang
Muslim itu ialah sampai pertengahan betis dan tidak ada halangan serta tidak ada
dosa untuk bersarung di antara pertengahan betis itu sampai kepada kedua mata
kaki. Apa yang ada di bahagian bawah dari kedua mata kaki, maka itulah yang akan
dimasukkan dalam neraka. Juga barangsiapa yang menarik - yakni melemberehkan
sarungnya sampai menyentuh tanah - dengan maksud kesombongan, maksud
kesombongan, maka ia tidak akan dilihat oleh Allah -dengan pandangan keredhaan
dan kerahmatan." Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
6. Dari Ibnu Umar
radhiallahu 'anhuma pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa
yang menarik pakaiannya - yakni melemberehkannya - kerana maksud kesombongan,
maka Allah tidak akan melihatnya - dengan pandangan keredhaan dan kerahmatan -
padanya pada hari kiamat." Ummu Salamah bertanya: "Bagaimanakah kaum wanita
berbuat dengan hujung pakaiannya," maksudnya bahawa oleh sebab kaum wanita itu
diperintah menutupi seluruh tubuhnya kerana merupakan aurat, maka apakah
melemberehkan pakaian untuk kaum wanita itu juga berdosa? Beliau s.a.w.
menjawab:
"yaitu kalau mereka
melemberehkannya itu sejengkaI." la berkata: "Kalau begitu masih dapat terbuka
kaki mereka itu." Beliau s.a.w. bersabda; "Bolehlah melemberehkannya sampai
sehasta dan jangan menambahkan lagi."
Diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
Warna & jenis Baju
1. Dari Ibnu Abbas
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kenakanlah yang
berwarna putih dari pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu
adalah yang terbaik di antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-
orang yang mati dari engkau semua dengan kain yang berwarna putih."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan
bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
2. Dari Ibnu Abbas
radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kenakanlah yang
berwarna putih dari pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu
adalah yang terbaik di antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-
orang yang mati dari engkau semua dengan kain yang berwarna putih."
Diriwayatkan oleh
Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
3. Dari Abu Juhaifah
iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Saya melihat Nabi s.a.w. di Makkah.
Beliau ada di Abthah dalam kubbahnya - khemahnya - yang berwarna merah yang
terbuat dari kulit yang sudah dimasak. Bilal lalu keluar dengan membawa air
wudhu'yang disediakan untuk Nabi s.a.w. Di antara orang-orang itu ada yang
terpercik airnya dan ada pula yang terkena air itu banyak-banyak. Selanjutnya
keluarlah Nabi s.a.w. mengenakan pakaian berwarna merah, seolah-olah saya masih
dapat melihat pada keputihan kedua betisnya. Beliau s.a.w. lalu berwudhu' dan
Bilal pun berazan. Saya selalu mengikuti saja gerak mulut Bilal yang bergerak ke
sini dan ke situ sambil mengucapkan azan itu menoleh ke kanan ke kiri yakni
ketika mengucapkan:
"Hayya 'alash shalah -
menoleh ke kanan - dan Hayya 'alal falah - menoleh ke kiri." Kemudian
ditancapkanlah sebuah tongkat - di muka beliau s.a.w. sebagai tanda batas yang
tidak boleh dilalui. Beliau s.a.w. lalu maju ke muka terus bersembahyang. Di
muka beliau s.a.w. itu berlalulah seekor anjing dan seekor keledai, tetapi tidak
dicegah - sebab ada di luar batas tongkat di atas." (Muttafaq 'alaih)
4.Dari Abu Rimtsah iaitu
Rifa'ah at-Taimi r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. dan beliau
mengenakan dua baju yang berwarna hijau. "Diriwayatkan oleh Imam- imam Abu
Dawud dan Termidzi dengan isnad yang shahih.
5. Dari Jabir r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. memasuki -kota Makkah - pada waktu membebaskan
Makkah dan beliau s.a.w. mengenakan sorban hitam." (Riwayat Muslim)
6. Dari al-Mughirah bin
Syu'bah r.a., katanya: "Saya berada dalam perjalanan bersama Nabi s.a.w.
pada suatu malam. Kemudian beliau bertanya: "Adakah engkau membawa air?" Saya
menjawab: "Ya." Beliau lalu turun dari kendaraannya lalu berjalan sehingga
tertutup dalam kegelapan waktu malam. Selanjutnya beliau datang kembali.
Seterusnya saya menuangkan air pada beliau untuk bersuci. Beliau s.a.w. lalu
membasuh wajahnya dan beliau mengenakan jubah - baju panjang sampai ke lutut -
yang terbuat dari bulu, kemudian beliau tidak dapat mengeluarkan kedua lengannya
dari baju itu - kerana sempitnya lubang tangan - sehingga dikeluarkan-lah kedua
lengannya itu dari bawah jubah. Selanjutnya beliau s.a.w. membasuh kedua
lengannya dan mengusap kepalanya. Sesudah tu saya turun ke bawah hendak
melepaskan kedua sepatu khufnya, tetapi beliau s.a.w. bersabda: "Biarkan sajalah
kedua sepatu itu, sebab sesungguhnya saya memasukkannya itu dalam keadaan suci,
seterusnya beliau s.a.w. mengusap di atas kedua sepatunya itu." (Muttafaq
'alaih)
7. Dari Ummu Salamah
radhiallahu 'anha, katanya: "Pakaian yang amat dicintai oleh Rasulullah
s.a.w. ialah baju gamis." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi
dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Sutera
8.Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
memberikan kelonggaran kepada az-Zubair dan Abdur Rahman bin 'Auf dalam
mengenakan pakaian sutera kerana adanya penyakit gatal-gatal pada kedua orang
itu." (Muttafaq 'alaih)
9.Dari Umar bin
al-Khaththab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau
semua mengenakan pakaian sutera, kerana sesungguhnya orang mengenakannya di
dunia ini, maka ia tidak akan mengenakannya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)
10. Dari Umar bin
al-Khaththab r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hanyasanya yang mengenakan pakaian sutera ialah orang yang tidak mempunyai
bahagian untuknya." (Muttafaq ‘alaih)
11. Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang mengenakan pakaian sutera di dunia, maka ia tidak
akan mengenakannya di akhirat nanti." (Muttafaq 'alaih)
12.Dari Ali r.a.,
katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengambil sutera lalu meletakkannya di
tangan kanannya, juga mengambil emas lalu meletakkannya di tangan kirinya,
kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya dua macam benda ini diharamkan
atas kaum lelaki dari ummatku." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)
13. Dari Abu Musa
al-Asy'ari r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diharamkanlah
mengenakan pakaian sutera dan emas atas kaum lelaki dari ummatku dan dihalalkan
untuk kaum wanitanya." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan
bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
14. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Nabi s.a.w.
melarang kita semua minum dari wadah yang terbuat dari emas dan perak, juga
makan daripadanya dan melarang pula mengenakan pakaian sutera tipis dan tebal
ataupun duduk di atasnya." (Riwayat Bukhari)
Baju mayat
1. Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya:
"Rasulullah s.a.w. dikafani - ketika wafatnya - dengan tiga buah baju yang
berwarna putih, buatan negeri Sahul iaitu terbuat dari kapuk. Di dalam kafan itu
tidak terdapat gamis dan tidak ada pula sorbannya." (Muttafaq 'alaih)
Corak Baju
1. Dari Aisyah radhiallahu 'anha pula, katanya:
"Rasulullah s.a.w. pada suatu pagi keluar dan beliau s.a.w. mengenakan baju yang
digambari dengan gambar pelana dan terbuat dari rambut hitam" (Riwayat
Muslim)
Meninggalkan keindahan pakaian
1. Dari Mu'az bin
Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang
meninggalkan - keindahan - pakaian kerana maksud merendahkan diri kepada Allah,
padahal ia berupaya untuk menggunakannya, maka ia akan dipanggil oleh Allah pada
hari kiamat dengan disaksikan oleh kepala sekalian makhluk - yakni di hadapan
orang banyak, sehingga Allah akan menyuruhnya supaya memilih pakaian apa saja
yang ia ingin mengenakannya dari berbagai pakaian keimanan."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.
Minyak Za faran
1. Dari Anas r.a.,
katanya: "Nabi s.a.w. melarang kalau seseorang lelaki itu berpakaian dengan
dibubuhi minyak za'faran." (Muttafaq 'alaih)
2. Dari Abdullah bin
'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Nabi s.a.w. melihat saya
mengenakan dua baju yang disumba dengan ashfar-kuning warnanya." Kemudian
beliau s.a.w. bersabda: "Adakah ibumu yang menyuruhmu mengenakan pakaian ini?"
Saya berkata: "Apakah saya cuci saja kedua pakaian ini - supaya luntur warnanya?
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Bahkan bakar sajalah keduanya itu." Dalam riwayat
lain disebutkan: "Beliau s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya pakaian macam ini adalah
dari golongan pakaian - pakaiannya orang-orang kafir, maka janganlah engkau
mengenakannya." (Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment